Pages

Thursday, August 27, 2009

Jangan tidur lepas Subuh

Salam semua daku nak kongsi cikit ni pasal
JANGAN TIDUR LEPAS SUBUH..Baca dan hayati ok

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh
kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi:
'اللهم بارك لأمتي في بكورها'(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi).
Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Telah thabit dari Nabi bahawasanya
Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi,
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg
empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya,
Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring
pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda
:يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين،
فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس
'Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu,
dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai,
sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di
antara terbit fajar hingga terbit matahari.'
(Diriwayatkan al-Baihaqi)Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan
oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath
:باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'
Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya
berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.'Oleh itu para fuqaha'
menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh,
dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan
tidur selepas solat Subuh dan Asar:'Dimakruhkan tidurmu
-wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu
adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf)
di sisi org yg beraqal.'Dan dalam hadith
: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها'
(Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi)
[Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].
Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh
adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini
adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dsb

No comments:

Home Button