Pages

Monday, August 24, 2009

FaDiLaT RaMaDhAn

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan
pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua
syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahuk
akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan
supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan
oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

(ii) Setiap amalan sunat akan
diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada
tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu
bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah,
bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah
dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.

(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat
tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran,
bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan
membantu mereka yang berada di dalam
kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir
Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan
kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan
mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

No comments:

Home Button