Sunday, September 15, 2013

Sambal goreng



Assalamualaikum..Tanak cakap banyak jom cekedout resepi Sambal Goreng.Yang ni memang fevret seisi keluarga,Parents en syg pon suke sangat kalau aku masak sambal goreng ni.Walaupun aku cina ingat aku tak reti ke masak ni hahah kelam kabut je..Jom lah tgk..

Bahan-bahanya
2 paket tempe ( potong dadu n goreng garing) 4 biji kentang ( potong dadu n goreng garing) 4 keping Tauhu ( potong dadu n goreng garing) ikan bilis (goreng garing) udang ( Kopek kulit) suun dan fucuk ( rendam) 1 biji bawang besar ( potong dadu) 4 biji bawang putih 3 sudu cili blend Kicap pekat 4 sudu santan pekat 5. Air asam jawa Cili merah ( hiris) Garam secukup rasa Gula secukup rasa Perasa ( optional)
Cara-Caranya
1- Tumis cili blend ,Bawang besar dan bawang putih yang telah didadu.Tumis sehingga garing. 2 - Masukan udang dan kicap pekat ( Jangan terlalu banyak) 3 - Masukan santan pekat air asam jawa , sedikit air dan suun n pucuk 4 . Letakan garam,gula dan perasa(optional) 5. masukan Tempe,Tauhu,kentang yg telah digoreng garing..gaul kan sehingga sebati bersama bahan tumis.. 6. akhir sekali masukan ikan bilis yg telah digoreng n cili merah yg dihiris.
* Boleh Letak Cili Padi kalau nak pedas * Serbuk perasa hanya optional nk letak boleh tanak pon boleh








Spaghetti Mudah




Assalamualaikum holaaa...Jom cekedout resepi org bujang..Spaghetti campak2 ..Biasa lah bujang so nak resepi yg ringkas dan sedap.Cewah sedap ke? InsyAllah sedap..Jom..Jom tgk resepi nya k

Spaghetti campak2
Bahan-bahan
-Spaghetti -Prego sauce -isi ayam -fish cake -sosej ayamas cheese(digoreng dan dhiris nipis bulat2) -oregan0 -garam,gula,stok pati ayam
cara-caranya
1.Rebus spaghetti,dalam air rebusan tu letak sedikit minyak k.Supaya dia tak melekat...Lepas rebus tos kn dan basuh dengan air sejuk k..Tips ni 2.Masukan sedikit air kedalam periuk..masuk kn isi ayam dan fish cake..masak sampai empuk 3.Masukan prego sauce,garam,gula n pak aji..masak sehingga mendidih.. 4 .Masukan sosej yg telah di goreng n dihiris nipis. n oregano 5.sedia dihidangkn bersama spaghetti
*kalau guna minced beef n meatball lagi sedap
* Sebab ni je yg ada bantaii jelah hee


Homemade Dumpling



Assalamualaikum uolss..Suka tak makan Dumpling? Kalau beli kat luar kita tak tahu sama ada halal ataupun tidak kan?Lagi satu kalau beli kat luar mana puas dan inti dia belum tentu sedap cewah..Meh hari ni aku nak share resepi ni


Homemade Dumpling
Bahan-Bahanya:
isi ayam (dicincang halus) isi udang (dicincang halus) Telur sebiji, daun bawang (dipotong halus) Lada hitam kicap cair minyak bijan Kulit Dumpling ( Boleh didapati di pasaraya cari dekat tempat frozen) Daun bawang
Cara-caranya - Campur kan semua bahan sampai sebati kecuali kulit Dumpling - Balut kan dengan kulit dumpling(balut ikut citarasa) * Boleh digoreng ataupun direbus dalam sup
Resepi sup
Bahan-Bahanya
- Air - Stock ikan bilis ( Saya prefer brand Maggi or Knor) - Lada hitam - Sedikit garam
Cara-Caranya
-Rebuskan air sehingga mendidih. - Masukan stock ikan bilis , lada hitam dan garam - masukan dumpling ( rebus selama 3 minit)



 



* Kulit tu Boleh beli dekat supermarket tau..Plastik dia warna hijau.
* Fevret resepi ni,Alhamdullilah semua org suka kalau aku buat ni...yummy!

Claypot Japanase Tauhu


Assalamualaikum..Lama dah tek bersiaran kan.Uolas sihat?rindu lak dengan blog ni.Cewah lama tak bersiaran tiba-tiba share resepi kan.Apa mimpi tah.Mimpi nk tulis buke resepi sendiri kot.Cewah Pengsan *:
aku takde lah pandai masak pon,Tapi suka masak hee,Jom lah cekedout.aku nak share Claypot Japanase Tauhu.


  • CLAYPOT JAPANASE TAUHU
    Bahan-bahanya
    5 paket japanase tauhu ( dipotong dan di goreng) 1 batang lobak merah ( dipotong bunga ) Bunga kobis ( suke haty nak bnyak mana) isi ayam (suke haty nak banyak mana di potong dadu) isi udang ( suka hati nak banyak mana) fish cake & fish ball (suka haty nak banyak mana dipotong kecik2) Lada hitam Sos tiram Minyak bijan knor Pati ayam Bawang putih dincincang halus 2 biji capsicum Garam,gula,aji namoto tepung jagung untuk memekatkan telur Cara- caranya.. 1.Tumis bawang putih,isi udang,isi ayam,fish cake.fish ball,bunga kobis,dan lobak merah..
    2.Setelah separuh masak..Masukan sos tiram dan air...
    3.Setelah mendidih masukanminyak bijan gula,garam,aji namoto,stok ayam,dan lada hitam secukup rasa
    4.Pecah kan telur dan masuk kan tepung jagung yg telah dibancuh dengan air (ikut nak pekat mana )
    5.akhir sekali masukan Japanase Tauhu yg telah digoreng dan masukan capsicum..Didih kn sebentar...
    5- JOm makan

    * Lagi super sedap kalau masak dalam claypot.nama pon claypot tauhu kan,tapi kat rumah aku malas lah nak cari2 claypot haha!Kalau malas masak pergi Kat Abdullah Chan lah sangat recomanded.
    * Satu lagi tips masa masak kuah tu guna kan api yg kuat huaaa biar ada rasa hangus2,lagi sedap.



   


Tuesday, May 28, 2013

A long time

Assalamulaikum yeah . Dah download application blogger dari playstore . MayB lepas ni lagy rajin update blog . MayB lah hee

Sunday, December 23, 2012

Hatiku di Harajaku

  

Assalamualaikum semua...Hait!!Hari ni aku nak share novel pilihan hati hoho...HATIKU DI HARAJAKU.Once iuolss bace mesti jatuh cinta..Aku dah baca banyak kali novel ni..Bila baca novel nie terasa macam kita ni masuk dalam dunia yakuza,dunia pecintaan RYU WATANABE & NORIKO.Aku suke cerita-cerita thriller cam ni,yang tak terlampau sarat dengan cinta..cinta,yang leleh..Serius best lah..koarang mesti baca tau!Ta rugi..Lets cekedout sinopsis yg aku cilop dari Alaf21 heee...

Sinopsis
Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.

Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.

Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai




Semua novel RAMLEE AWANG MURSHID best...Anak sabah ni huhu..Brunei kaliah :)

Thursday, December 20, 2012

Durian Crepe yummy!!



 Assalamualaikum...Moning semua..Bagun pagi > melakukan ape yang wajib > terus bukak notebook > sent email dekat En shahruddin > on Fb > chat dengan besties> bukak en google > search DURIAN CREPE > teringin nak makan ciss!~

Adoyaii sejak dua menjak ni famous gilo mende alarh Durian Crepe ni.Tapi syg nye aku sngt tidak up to date dan tak penah rase Durian crepe ni.Banayak review yang aku baca mengatakan benda alah nie sodap.Aku bukan pengemar durian tapi macam tertarik pulak tengok benda alah ni dah lah comel wrne2 wani lak tu macam rupe creame cheese pon ade huhu...Mana nak cari ni sekitar ipoh ye?nak buat sendiri haruslah malas hehe..daaaaaaaaaa Doa kan aku dapat cari menda alah ni k..Setelah mengoogle,aku dapat tau dekat sweet chat cafe Aeon station 18 ada n dekat meru raya pon ade..Lestsss cekedouttttt.......daaaa

Yummmy!!! :* mcm sedap kan..comel laks tue..Sumber en google
Resepi Durian Crepe ( Sumber google lah ape gune internet hehe  )
 - 20g  tepung gandum                                      
- 20g tepung ubi                                               
- 10g tepung kastard                                          
- 10g tepung jagung                                            
- 1sdb minyak masak                                          
- 1sdb gula pasir                                                 
- secubit garam                                                   
- 1biji telur A                                                      
- 40ml susu cair                                                 
- 150ml air biasa                                                  
- sedikit esen
- pewarna

Cara - Caranya
- campurkan semua bahan dlm bowl...gunakan whisk....kacau hingga larut...tapiskan...blh dadarkan dlm kuali non stick...
- x perlu oles minyak....sbb kuali dah non stick...mmg x melekat
- dah siap...sejukkan

Cara Melipat
- fresh cream di pukul kaku
- isi durian secukup nya
- ltkkan fresh cream atas kulit...ltk isi durian...tutup semula ngan cream...baru lipat
-ENAK DIMAKAN SEJUK
 Selamat Mencuba iuolssss...........

Wednesday, December 19, 2012

Breaking DawN part 2

  

Assalamualaikum semua :) Salam Lunch semua...Haiksss ioulsss dah tgk Breaking Down Part 2??Me dah tengok banyak....banyak...banyak kali...serius best,tak rugi tgk final breaking down nie..Super-super mengteruja kan ,mendebarkan,n semua-semua lah yank best...Terbayekk lah senang citer best amat...

Cinta Haty

   
Assalamualaikum semua :) Robert Pattison. Edward Cullen wahhhhhhhhhhhhhhhhh saya love dia so much heee... Addicted :*

Sunday, December 9, 2012

Ismail ariffin a.k.a Lepat 13 tahun dianiaya oleh sistem politik malaysia

 Assalamualaikum ioulllsss..Jom baca aku nak kongsi satu cerita.Ismail Ariffin a.k.a lepat.Aku terpanggil nak share cerita pasal bro ni lepas aku tgk2 video2 dia kat youbtube,n aku ade terbace komen pasal dia ni kisah dia kehilangan anak dia Sunni.Teruz aku bukak en google dan google cerita pasal Bro ni..Loghat dia smart doeh.Tapi ade kisah hitam dalam hidup dia..jom cekedoutt...



Part 1.
01. Pada 12 March 1996, Aisyah Jane telah membawa lari Sunni Sazali ke England dari Malaysia pada hal pada waktu itu Passport perjalanan Sunni Sazali ada bersama Ismail Ariffin, dengan itu Ismail Ariffin telah membuat satu laporan polis (Report No: B/B 377/96) berkenaan hal tersebut.
02. Setelah 5 bulan Aisyah Jane dan Sunni Sazali berada di England, Ismail Ariffin telah pergi ke England untuk mengambil semula Sunni Sazali pulang ke Malaysia.
03. Setelah sebulan kemudiannya Aisyah Jane telah kembali semula ke Malaysia dan memfailkan satu kes di Mahkamah Syariah Pulau Pinang berkenaan tuntutan untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap Sunni Sazali.
04. Sewaktu kes sedang dibicarakan, pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang telah memutuskan bahawa hak penjagaan sementara diberikan kepada Ismail Ariffin dan juga telah mengarahkan Ismail Ariffin untuk membawa Sunni Sazali ke perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai Pulau Pinang pada setiap hari sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari untuk membenarkan Aisyah Jane melawat Sunni Sazali. Ismail Ariffin juga telah diarahkan untuk TIDAK berada di kawasan perkarangan balai Polis tersebut semasa lawatan diantara Aisyah Jane dan Sunni Sazali diadakan.
05. Arahan ini harus dipatuhi sepanjang proses perbicaraan sedang berlangsung sementara menanti pihak Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman seterusnya .
Part 2.
01. Ismail Ariffin telah mematuhi semua arahan tersebut dan telah menjalankan kewajipannya dengan membawa Sunni Sazali berjumpa dengan Aisyah Jane pada tiap-tiap hari Sabtu dari jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari walaupun beliau kurang bersetuju dengan arahan dari pihak mahkamah yang tidak membenarkanya berada di perkarangan kawasan perjumpaan. Ini kerana Aisyah Jane pernah melanggar undang-undang Malaysia dengan membawa Sunni Sazali keluar dari Malaysia walaupun dokumen perjalanan yang sah tidak ada pada Sunni Sazali pada waktu itu. Oleh sebab itu beliau khuatir bahawa Aisyah Jane akan melakukannya sekali lagi.
03. Setelah beberapa perjumpaan, Sunni Sazali sekali lagi telah dilarikan oleh Aisyah Jane untuk kali keduanya sewaktu kes mahkamah sedang berjalan dan yang lebih menghampakan beliau kejadian itu berlaku di perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai dan hak penjagaan pada waktu perjumpaan itu adalah di bawah hak penjagaan pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang.
04. Ismail Ariffin telah membuat laporan Polis (Report No: 1401/97) di atas kejadian itu dengan harapan Aisyah Jane dapat ditahan oleh pihak berkuasa kerana telah melanggar arahan pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang dan juga sewaktu kejadian tersebut Passport perjalanan Sunni Sazali masih ada dengan tangan beliau. Justeru itu, tidak mungkin Aisyah Jane dapat membawa Sunni Sazali keluar dari Malaysia dengan sewenang-wenangnya tanpa mempunyai dokumen perjalanan Sunni Sazali yang sah.
05. Seperti yang sedia maklum, Aisyah Jane akhirnya telah berjaya juga melarikan Sunni Sazali dari Malaysia walaupun tanpa dokuman perjalanan yang sah serta melanggar arahan dari pihak mahkamah Syariah Pulau Pinang.
Part 3.
01. Setelah sebulan kemudiannya pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang telah menjatuhkan hukuman bahawa hak penjagaan Sunni Sazali telah diberikan kepada Ismail Ariffin. Walaupun pada waktu itu Sunni Sazali telahpun berada di England bersama Aisyah Jane.
02. Setelah kehilangan Sunni Sazali untuk kali keduanya, Ismail Ariffin telah mengalami gangguan emosi yang amat teruk kerana beliau merasakan dirinya telah teraniaya serta tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya daripada pihak-pihak yang terlibat yang pada pendapat beliau seolah-olah lepas tangan. Ini ditambahkan lagi dengan keputusan pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang memberikan hak penjaagan kepadanya, walaupun pada waktu itu Sunni Sazali telah dilarikan dan berada di England. Ini menambahkan lagi satu tamparan emosi yang amat dahsyat pada beliau.
03. Ganguan emosi serta trauma yang dihadapi oleh Ismail Ariffin menyebabkan beliau tidak dapat menumpukan perhatian terhadap diri sendiri dan juga kariernya sebagai seorang pelukis kerana beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya Sunni Sazali telah dilarikan dari Malaysia tanpa alasan yang logik yang pada pendapatnya adalah satu penganiayaan terhadapnya sebagai rakyat Malaysia dengan sikap sambil lewa dan lepas tangan pihak-pihak yang bertanggungjawab.
04. Kes kehilangan anaknya telah menjadi isu yang hangat dan menjadi perbualan orang ramai di Pulau Pinang. Ramai yang menganggap kehilangan Sunni Sazali bak kali kedua itu adalah disebabkan oleh kelalaian Ismail Ariffin sendiri kerana beliau gagal menjaga anaknya dengan baik walaupun pada ketika kejadian itu berlaku, Sunni Sazali berada bawah penjagaan Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Dalam keadaan yang begitu tertekan, Ismail Ariffin mendapati sukar untuk membendung tekanan emosi yang dialaminya dan dengan perasaan kecewa beliau akhirnya membawa diri ke Eropah untuk cuba menenangkan jiwanya.
05. Pada May 2009, sewaktu berada di Jerman, Ismail Ariffin telah didapati mengidap ketumbuhan di bahagian perut dan terpaksa menjalani satu pembedahan pembuangan Pankreas dan terpaksa dirawat dihospital selama 6 bulan (Rujuk laporan perubatan yang dilampirkan) dan sehingga kehari ini masih dibawah pemeriksaan dan rawatan dari pihak hospital disana. Menurut pendapat doktor yang merawatnya disana, ini adalah disebabkan oleh ganguan tekanan emosi dan trauma yang dihadapi oleh beliau selama ini, kerana setelah diperiksa, beliau bukanlah seorang perokok ataupun seorang pengambil alkohol seperti kebiasaanya penyakit ini berpunca dan ini telah disah kan oleh doktor yang merawat dan memeriksanya di Breman Germany.
06. Dalam satu laporan akhbar pada 8 Mac 2010 (rujuk laporan keratan akhbar yang dilampirkan) Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah membuat kenyataan bahawa kes siasatan terhadap Aisyah Jane kerana melarikan Sunni Sazali tidak pernah ditutup oleh pihak Polis.
07. Dengan itu beliau ingin menuntut dan mencari keadilan terhadap haknya yang tidak diendahkan setelah sekian lama bersabar dan mengalami gangguan emosi dan trauma yang teruk yang akhirnya telah turut sama menjejaskan keadaan fizikal dan kesihatan beliau
disebabkan oleh kecuaian, kelalaian serta sikap tidak bertanggungjawab oleh pihak pihak yang terlibat di atas kehilangan anaknya dari Malaysia yang suatu ketika dahulu berwarganegarakan Malaysia.
so… “Ahli ahli tertinggi UMNO/BARISAN NASIONAL dan para para Ketua Parti PEMBANGKANG”..
Apa benar benarkah kalian BERSAMA RAKYAT??”
13 TAHUN AKU TERBIAR…..
“Di manakah KEADILAN dan buktinya RAKYAT DI DAHULUKAN??”
UPDATE From FB Lepat 20 Januari 2012
SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA icon smile Ismail Lepat  Wahai Sahabat sekalian, setelah sekian lamanya Kes aku terbiar dengan tanpa ada maklum balas, terbiar dengan tanpa ada satu pun PEMBONGKARAN…. Terbiar dengan tanpa ada jalan penyelesaian yang berlandaskan keadilan… Kini aku ingin MEMOHON PERTOLONGAN dari kalian, dengan meminta sedikit tumpuan dari kalian ke atas apa yang bakal aku ceritakan, semuga aku akan beroleh satu jalan untuk memulakan kembali PENELITIAN dengan telitinya, …
Serasa ku KALIAN ADALAH insan yang mananya jelas jua memiliki hati
perasaan sihat dan Akal fikiran yang waras… Semuga kalian akan di datangi
RASA TERPANGIL icon smile Ismail Lepat  Aku cuma mahu kalian memberi komen akan APAKAH
pandangan kalian terhadap apa yang sememangnya TELAH dan TENGAH berlaku..
Tolong komenkan TENTANG isu PENYELESAIAN melalui SYARIAT, bukannya jalan
HAKIKAT… Contohnya, dengan TIDAK hanya memintak Aku MENYERAH semata
mata kepada Allah, kerna Aku rasa Allah jua akan Kecewa seandianya itulah
jawapan dari kalian, SEBAB Allah mahu aku bangun dan MEMBELA selain dari hanya
MENYERAH.. lalu koment yang BERNAS dari kalian sangatlah aku nanti nantikan,
so.. “Let’s Prosses it now” icon biggrin Ismail Lepat  Ok, “PROSSED!” icon smile Ismail Lepat

(Episod 1)
Sahabat sahabat yang Arif, Mulia lagi bijak sana…,Aku telah di jatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah dengan tanpa sebab untuk menghantar anak aku ke Balai Polis Lebuh Pantai, dari Jam 9 pagi hinggalah ke Jam 12 tengah hari, dan aku TELAH di arahkan oleh pihak mahkamah UNTUK TIDAK BERADA DI KAWASAN ITU, Serahkan anak jam 9 Pagi, kemudian aku harus pergi, dan datang kembali pada Jam 12 tengah hari!..
5 JULY 1997.. Dalam lingkungan jam 10 pagi, aku yang berada di dalam pejabat pos besaryg berdekatan dengan Balai Polis di kawasan Lebuh pantai,Tiba tiba di datangi dengan RASA TERPANGGIL untuk ke kedai membeli makanan buat Sunni Sazali Anak lelaki ku… Sepatut nya aku hanya boleh kesana jam 12, tetapi ENTAHLAH Aku tiba tiba terasa
BERKEINGINAN sangat untuk ke Balai Polis bagi menjengguk Sunni, Barang makanan adalah sebagai satu ALASAN sahaja, Setibanya di kawasan balai, Aku dapati Anak lelaki kesayangan ku TELAH HILANG di larikan..
Ok… Di pendekkan Cerita…. icon smile Ismail Lepat  Sebaik saja mendapati akan kehilangan Anak ku, Aku membuat Laporan polis Di balai yang sama… Dan beberapa Minit kemudian, Pihak polis – bahagian A team, datang menyiasat menyoal aku akan apa yang berlaku, kemudian membawa aku ke balai dan menahan aku sehingga jam 6 Petang… Aku masih ingat Sahabat ku Kiru dan memeluk ku di situ sambil menitiskan air matanya, tanda Kecewa yang amat sangat..
Ok, Persoalan nya?? icon smile Ismail Lepat
1. Kenapa aku harus menghantar anak ke balai Polis dan tak di beri hak utk berada di situ?? 2. Kenapa Pihak Polis menerima arahan dari Pihak mahkamah syariah, tetapi lalai menjaga nya?
3. Kenapa Immegresen tidak mengambil tindakan?? 4. Kenapa Aku harus di bawak ke balai polis dan DITAHAN untuk beberapa Jam? –> Arahan siapa?!
5. Apa masalahnya dengan pihak Polis dan Immigresen? sehingga Tak dapat mengesan?? 6. Mahkamah Syariah adalah di bawah naungan Agung dan Raja raja Melayu, Kenapa mereka ini yang mempunyai kuasa, hanya MEMBISU ke atas ketirisan yang berlaku? ..
Ok Sahabat sekelian…. Setakat ini Dahulu…. icon biggrin Ismail Lepat  Esok akan kita sambung cerita seterusnya mengikut SOALAN SOALAN DARI KALIAN…. Kalau KERAJAAN tak mahu menolong Aku, Marilah kita sesama RAKYAT membantu mencari dan menyiasatkan KES aku ini… “Semuga Allah membalas budi baik kalian”

Aku yakin KALIAN BERPERASAAN…. Janganlah di perduli dari mana PARTI kalian, sebab –> “KITA ADALAH RAKYAT!” icon smile Ismail Lepat  Marilah sama sama kita mencari KEADILAN Dan menghukum Setan setan Politik yg kejam yg sedang bermaha rajalela di tanah Malaysia!…. Terima kasih Kawan kawan icon biggrin Ismail Lepat
“Bantulah aku yang tengah menkaji dan masih sedang berfikir”….

 ♥Dei...Ade banyak benda aku tak paham dalam ni..Apesal sunni tu dalam jagaan pihak makamah boleh hilang lepas tu bro lepat ni pulak disalahkan..apekah??pelikk lah....zzzzAku harap dia tabah dn teruz berjuang..Pelik2,so pihak berkenaan tu sila bukak MATA LUAS2.

kridit to : http://rasli.com/ismail-lepat/ terima kasih untuk story ni

Home Button