♥Assalamualaikum ioulllsss..Jom baca aku nak kongsi satu cerita.Ismail Ariffin a.k.a lepat.Aku terpanggil nak share cerita pasal bro ni lepas aku tgk2 video2 dia kat youbtube,n aku ade terbace komen pasal dia ni kisah dia kehilangan anak dia Sunni.Teruz aku bukak en google dan google cerita pasal Bro ni..Loghat dia smart doeh.Tapi ade kisah hitam dalam hidup dia..jom cekedoutt...
Part 1.
01. Pada 12 March 1996, Aisyah Jane telah membawa lari Sunni Sazali ke England dari Malaysia pada hal pada waktu itu Passport perjalanan Sunni Sazali ada bersama Ismail Ariffin, dengan itu Ismail Ariffin telah membuat satu laporan polis (Report No: B/B 377/96) berkenaan hal tersebut.
02. Setelah 5 bulan Aisyah Jane dan Sunni Sazali berada di England, Ismail Ariffin telah pergi ke England untuk mengambil semula Sunni Sazali pulang ke Malaysia.
03. Setelah sebulan kemudiannya Aisyah Jane telah kembali semula ke Malaysia dan memfailkan satu kes di Mahkamah Syariah Pulau Pinang berkenaan tuntutan untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap Sunni Sazali.
04. Sewaktu kes sedang dibicarakan, pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang telah memutuskan bahawa hak penjagaan sementara diberikan kepada Ismail Ariffin dan juga telah mengarahkan Ismail Ariffin untuk membawa Sunni Sazali ke perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai Pulau Pinang pada setiap hari sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari untuk membenarkan Aisyah Jane melawat Sunni Sazali. Ismail Ariffin juga telah diarahkan untuk TIDAK berada di kawasan perkarangan balai Polis tersebut semasa lawatan diantara Aisyah Jane dan Sunni Sazali diadakan.
05. Arahan ini harus dipatuhi sepanjang proses perbicaraan sedang berlangsung sementara menanti pihak Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman seterusnya .
Part 2.
01. Ismail Ariffin telah mematuhi semua arahan tersebut dan telah menjalankan kewajipannya dengan membawa Sunni Sazali berjumpa dengan Aisyah Jane pada tiap-tiap hari Sabtu dari jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari walaupun beliau kurang bersetuju dengan arahan dari pihak mahkamah yang tidak membenarkanya berada di perkarangan kawasan perjumpaan. Ini kerana Aisyah Jane pernah melanggar undang-undang Malaysia dengan membawa Sunni Sazali keluar dari Malaysia walaupun dokumen perjalanan yang sah tidak ada pada Sunni Sazali pada waktu itu. Oleh sebab itu beliau khuatir bahawa Aisyah Jane akan melakukannya sekali lagi.
03. Setelah beberapa perjumpaan, Sunni Sazali sekali lagi telah dilarikan oleh Aisyah Jane untuk kali keduanya sewaktu kes mahkamah sedang berjalan dan yang lebih menghampakan beliau kejadian itu berlaku di perkarangan Balai Polis Lebuh Pantai dan hak penjagaan pada waktu perjumpaan itu adalah di bawah hak penjagaan pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang.
04. Ismail Ariffin telah membuat laporan Polis (Report No: 1401/97) di atas kejadian itu dengan harapan Aisyah Jane dapat ditahan oleh pihak berkuasa kerana telah melanggar arahan pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang dan juga sewaktu kejadian tersebut Passport perjalanan Sunni Sazali masih ada dengan tangan beliau. Justeru itu, tidak mungkin Aisyah Jane dapat membawa Sunni Sazali keluar dari Malaysia dengan sewenang-wenangnya tanpa mempunyai dokumen perjalanan Sunni Sazali yang sah.
05. Seperti yang sedia maklum, Aisyah Jane akhirnya telah berjaya juga melarikan Sunni Sazali dari Malaysia walaupun tanpa dokuman perjalanan yang sah serta melanggar arahan dari pihak mahkamah Syariah Pulau Pinang.
Part 3.
01. Setelah sebulan kemudiannya pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang telah menjatuhkan hukuman bahawa hak penjagaan Sunni Sazali telah diberikan kepada Ismail Ariffin. Walaupun pada waktu itu Sunni Sazali telahpun berada di England bersama Aisyah Jane.
02. Setelah kehilangan Sunni Sazali untuk kali keduanya, Ismail Ariffin telah mengalami gangguan emosi yang amat teruk kerana beliau merasakan dirinya telah teraniaya serta tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya daripada pihak-pihak yang terlibat yang pada pendapat beliau seolah-olah lepas tangan. Ini ditambahkan lagi dengan keputusan pihak Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang memberikan hak penjaagan kepadanya, walaupun pada waktu itu Sunni Sazali telah dilarikan dan berada di England. Ini menambahkan lagi satu tamparan emosi yang amat dahsyat pada beliau.
03. Ganguan emosi serta trauma yang dihadapi oleh Ismail Ariffin menyebabkan beliau tidak dapat menumpukan perhatian terhadap diri sendiri dan juga kariernya sebagai seorang pelukis kerana beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya Sunni Sazali telah dilarikan dari Malaysia tanpa alasan yang logik yang pada pendapatnya adalah satu penganiayaan terhadapnya sebagai rakyat Malaysia dengan sikap sambil lewa dan lepas tangan pihak-pihak yang bertanggungjawab.
04. Kes kehilangan anaknya telah menjadi isu yang hangat dan menjadi perbualan orang ramai di Pulau Pinang. Ramai yang menganggap kehilangan Sunni Sazali bak kali kedua itu adalah disebabkan oleh kelalaian Ismail Ariffin sendiri kerana beliau gagal menjaga anaknya dengan baik walaupun pada ketika kejadian itu berlaku, Sunni Sazali berada bawah penjagaan Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Dalam keadaan yang begitu tertekan, Ismail Ariffin mendapati sukar untuk membendung tekanan emosi yang dialaminya dan dengan perasaan kecewa beliau akhirnya membawa diri ke Eropah untuk cuba menenangkan jiwanya.
05. Pada May 2009, sewaktu berada di Jerman, Ismail Ariffin telah didapati mengidap ketumbuhan di bahagian perut dan terpaksa menjalani satu pembedahan pembuangan Pankreas dan terpaksa dirawat dihospital selama 6 bulan (Rujuk laporan perubatan yang dilampirkan) dan sehingga kehari ini masih dibawah pemeriksaan dan rawatan dari pihak hospital disana. Menurut pendapat doktor yang merawatnya disana, ini adalah disebabkan oleh ganguan tekanan emosi dan trauma yang dihadapi oleh beliau selama ini, kerana setelah diperiksa, beliau bukanlah seorang perokok ataupun seorang pengambil alkohol seperti kebiasaanya penyakit ini berpunca dan ini telah disah kan oleh doktor yang merawat dan memeriksanya di Breman Germany.
06. Dalam satu laporan akhbar pada 8 Mac 2010 (rujuk laporan keratan akhbar yang dilampirkan) Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah membuat kenyataan bahawa kes siasatan terhadap Aisyah Jane kerana melarikan Sunni Sazali tidak pernah ditutup oleh pihak Polis.
07. Dengan itu beliau ingin menuntut dan mencari keadilan terhadap haknya yang tidak diendahkan setelah sekian lama bersabar dan mengalami gangguan emosi dan trauma yang teruk yang akhirnya telah turut sama menjejaskan keadaan fizikal dan kesihatan beliau
disebabkan oleh kecuaian, kelalaian serta sikap tidak bertanggungjawab oleh pihak pihak yang terlibat di atas kehilangan anaknya dari Malaysia yang suatu ketika dahulu berwarganegarakan Malaysia.
so… “Ahli ahli tertinggi UMNO/BARISAN NASIONAL dan para para Ketua Parti PEMBANGKANG”..
Apa benar benarkah kalian BERSAMA RAKYAT??”
13 TAHUN AKU TERBIAR…..
“Di manakah KEADILAN dan buktinya RAKYAT DI DAHULUKAN??”
UPDATE From FB Lepat 20 Januari 2012
SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA
Wahai Sahabat sekalian, setelah sekian lamanya Kes aku terbiar dengan tanpa ada maklum balas, terbiar dengan tanpa ada satu pun PEMBONGKARAN…. Terbiar dengan tanpa ada jalan penyelesaian yang berlandaskan keadilan… Kini aku ingin MEMOHON PERTOLONGAN dari kalian, dengan meminta sedikit tumpuan dari kalian ke atas apa yang bakal aku ceritakan, semuga aku akan beroleh satu jalan untuk memulakan kembali PENELITIAN dengan telitinya, …
Serasa ku KALIAN ADALAH insan yang mananya jelas jua memiliki hati
perasaan sihat dan Akal fikiran yang waras… Semuga kalian akan di datangi
RASA TERPANGIL
Aku cuma mahu kalian memberi komen akan APAKAH
pandangan kalian terhadap apa yang sememangnya TELAH dan TENGAH berlaku..
Tolong komenkan TENTANG isu PENYELESAIAN melalui SYARIAT, bukannya jalan
HAKIKAT… Contohnya, dengan TIDAK hanya memintak Aku MENYERAH semata
mata kepada Allah, kerna Aku rasa Allah jua akan Kecewa seandianya itulah
jawapan dari kalian, SEBAB Allah mahu aku bangun dan MEMBELA selain dari hanya
MENYERAH.. lalu koment yang BERNAS dari kalian sangatlah aku nanti nantikan,
so.. “Let’s Prosses it now”
Ok, “PROSSED!” 

(Episod 1)
Sahabat sahabat yang Arif, Mulia lagi bijak sana…,Aku telah di jatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah dengan tanpa sebab untuk menghantar anak aku ke Balai Polis Lebuh Pantai, dari Jam 9 pagi hinggalah ke Jam 12 tengah hari, dan aku TELAH di arahkan oleh pihak mahkamah UNTUK TIDAK BERADA DI KAWASAN ITU, Serahkan anak jam 9 Pagi, kemudian aku harus pergi, dan datang kembali pada Jam 12 tengah hari!..
5 JULY 1997.. Dalam lingkungan jam 10 pagi, aku yang berada di dalam pejabat pos besaryg berdekatan dengan Balai Polis di kawasan Lebuh pantai,Tiba tiba di datangi dengan RASA TERPANGGIL untuk ke kedai membeli makanan buat Sunni Sazali Anak lelaki ku… Sepatut nya aku hanya boleh kesana jam 12, tetapi ENTAHLAH Aku tiba tiba terasa
BERKEINGINAN sangat untuk ke Balai Polis bagi menjengguk Sunni, Barang makanan adalah sebagai satu ALASAN sahaja, Setibanya di kawasan balai, Aku dapati Anak lelaki kesayangan ku TELAH HILANG di larikan..

Ok… Di pendekkan Cerita….
Sebaik saja mendapati akan kehilangan Anak ku, Aku membuat Laporan polis Di balai yang sama… Dan beberapa Minit kemudian, Pihak polis – bahagian A team, datang menyiasat menyoal aku akan apa yang berlaku, kemudian membawa aku ke balai dan menahan aku sehingga jam 6 Petang… Aku masih ingat Sahabat ku Kiru dan memeluk ku di situ sambil menitiskan air matanya, tanda Kecewa yang amat sangat..
Ok, Persoalan nya?? 
1. Kenapa aku harus menghantar anak ke balai Polis dan tak di beri hak utk berada di situ?? 2. Kenapa Pihak Polis menerima arahan dari Pihak mahkamah syariah, tetapi lalai menjaga nya?
3. Kenapa Immegresen tidak mengambil tindakan?? 4. Kenapa Aku harus di bawak ke balai polis dan DITAHAN untuk beberapa Jam? –> Arahan siapa?!
5. Apa masalahnya dengan pihak Polis dan Immigresen? sehingga Tak dapat mengesan?? 6. Mahkamah Syariah adalah di bawah naungan Agung dan Raja raja Melayu, Kenapa mereka ini yang mempunyai kuasa, hanya MEMBISU ke atas ketirisan yang berlaku? ..

Ok Sahabat sekelian…. Setakat ini Dahulu….
Esok akan kita sambung cerita seterusnya mengikut SOALAN SOALAN DARI KALIAN…. Kalau KERAJAAN tak mahu menolong Aku, Marilah kita sesama RAKYAT membantu mencari dan menyiasatkan KES aku ini… “Semuga Allah membalas budi baik kalian”
Aku yakin KALIAN BERPERASAAN…. Janganlah di perduli dari mana PARTI kalian, sebab –> “KITA ADALAH RAKYAT!”
Marilah sama sama kita mencari KEADILAN Dan menghukum Setan setan Politik yg kejam yg sedang bermaha rajalela di tanah Malaysia!…. Terima kasih Kawan kawan 
“Bantulah aku yang tengah menkaji dan masih sedang berfikir”….
“Bantulah aku yang tengah menkaji dan masih sedang berfikir”….
♥Dei...Ade banyak benda aku tak paham dalam ni..Apesal sunni tu dalam jagaan pihak makamah boleh hilang lepas tu bro lepat ni pulak disalahkan..apekah??pelikk lah....zzzzAku harap dia tabah dn teruz berjuang..Pelik2,so pihak berkenaan tu sila bukak MATA LUAS2.
kridit to : http://rasli.com/ismail-lepat/ terima kasih untuk story ni

No comments:
Post a Comment