Assalamualaikum semua.Aku nak share sikit pasal penyakit Pedih Ulu hati ni.Aku salah soarang penghidap penyakit ni.Sangat seksa ioulss.Bila dia dh rase pedih tu nak nagis pon ade. Aku ade experience dibawak ke hospital sebab penyakit nie..taubat mak nokkss.
1 nite tu aku ngadu sakit dada n sesak nafas disebabkn kepedihan ulu hati yang melampau lak haritu dekat housemate aku..Dengan sedia maklum diorang memang dah tahu yang aku selalu pedih ulu hati ni.Selama ni aku memang amal Gaviscon jew.Kadang2 dalam sejam berbijik2 aku telan(aku mkn yg tablet ),dan diatas keperhatinan diorang,diorang truz call My enchik..Ciss aku dah tgh perang dgn dia..Sedang aku syok tgk cerekarama,diorang suruh aku ciap.bila aku tanya diorang ckp nak gy hospital..Dan sudah tentu aku membantah dgn keras huhu..aku mne suke hospital ape tah lagi ubat,dah lah layanan kat hospital macam hampeh,dah2 mlaz nak cter pasal benda nie..Ubat2 yang aku dapat haritu banyak lagi mana de aku makan,aku ciap kena injection lagy sakit kau!Fyi masa tu pukul 3pgy dem...btw thankz to dearst housemate n HIm ..Jom bace info yang aku copy nie haha
Kebanyakan kita pernah atau kerapkali mengalami pedih ulu hati (heartburn) jika tersilap makan sebelum tidur. Selalunya kita akan terjaga dari tidur kerana berasa sangat pedih di kawasan jantung, sehinggalah kita mengambil sedikit makanan dan ubat, barulah terasa lega.
Namun begitu, perlu diingat bahawa bukan semua kesakitan seperti tanda (simptom) pedih ulu hati ini disebabkan oleh pedih ulu hati semata-mata. Terdapat beberapa penyakit lain yang lebih serius menunjukkan simptom yang sama dengan simptom pedih ulu hati ini, oleh itu jangan diambil mudah atau ringan saja jika kita mendapat simptom ini. Segeralah buat pemeriksaan doktor untuk mengetahui penyakit sebenar yang dihidapi. Rawatan awal lebih baik sebelum ia menjadi lebih serius.
Di antara penyakit lain yang menunjukkan simptom hampir menyerupai simptom pedih ulu hati ini ialah:
* Sakit jantung (Angina) – terasa sakit dada yang disebabkan oleh kurangnya aliran darah ke jantung.
* Batu hempedu (gallstone) – terasa sakit di bahagian tengah atau sebelah kanan-atas abdomen, apabila batu menyumbat duktus hempedu.
* Ulser perut – terasa sakit di bahagian atas abdomen dan dada, disebabkan oleh keradangan bakteria di lapisan perut dan ia boleh dirawat dengan mengambil antibiotik.
* Hiatal hernia (pedih ulu hati) – terasa sakit di bahagian atas perut hingga membawa ke diafram dan kaviti dada, kerana makanan dan asid perut ditolak ke dalam esofagus menyebabkan terasa pedih ulu hati.
* Kanser esofagus – terasa sakit di bahagian esofagus, namun ini jarang terjadi.
* Gastroparesis – terasa sakit di perut kerana kerosakan saraf di salur penghadaman yang disebabkan diabetes yang tidak terkawal. Ini menyebabkan pergerakan makanan jadi perlahan semasa melalui perut. Kesakitan ini boleh dikurangkan dengan mengambil makanan yang sedikit dan jangan mengambil makanan berlemak dan berfiber.
* Radang esofagus (Esophagitis) – terasa sakit/pedih ulu hati disebabkan kerap terjadi refluks asid ke esofagus. Perlu ambil ubat untuk mengurangkan keradangan ini.
* Pleuritis atau Costochondritis – Pleuritis ialah radang di lapisan kaviti peparu dan dada menyebabkan terasa pedih ulu hati di bahagian dada terutamanya semasa menarik nafas panjang dan bergerak. Radang ini disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Costochondritis pula ialah radang di rawan yang menyambungkan tulang rusuk ke tulang dada (sternum) yang menyebabkan terasa sakit di sepanjang sternum (tulang dada). Kesakitannya boleh dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit.
* Kebimbangan/kerisauan (Anxiety) – Ini juga boleh menyebabkan terasa pedih ulu hati. Ia boleh dikurangkan dengan cara mengurangkan rasa kebimbangan dan kerisauan dengan menyelesaikan masalah yang berkaitan sedapat mungkin, bertenang, senaman, terapi, berdoa, berzikir, dsb.
Ringkasnya, jika terasa pedih ulu hati, perlulah dikenalpasti punca sebenarnya dengan segera supaya ia boleh dirawat pada peringkat awal lagi, terutamanya jika ia disebabkan oleh penyakit-penyakit yang serius.